Tuesday, December 28, 2004

hati ku mula berbicara......

assalamualaikum

sebagai pembuka bicaraku utk blog ini........ tujuan ku buatkan satu blog adalah utk berkongsi rasa hati ku bersama pembaca2 harapanya ianya akan membawa satu impak kecil dlm hidup kita seharian dlm menempuh dugaan di dunia yg mmg fana sokmo ni okies bismillahirahmanirahim

2 Your Thoughts:

Blogger Lil Noorie berkata said...

tes tes tes

7:44 PM  
Blogger Lil Noorie berkata said...

Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah afwan ya anakanda. Cuma bagi umi teringat kata-kata
Khalil Gibran seorang penyair -

anak-anakmu bukan milikmu
mereka adalah milik hari esok.

Atas dasar itulah kita buat ikut kemampuan kita dengna mendidik para
remaja ke arah menjadi remaja yang hebat di masa akandatang insyaAllah.

untuk mati syahid bukannya mudah. Hanya yang terpilih saja akan
diizinkan oleh Allah SWT. Semoga Allah beri peluang kepada kita semua untuk
merasai nikmat syahid namun apalah persediaan kita ya .....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - teringat Allahyarham as Syahid Syeikh Abdullah Yassin (Palestin)
yang lumpuh berkerusi roda dan sudah di beritau umurnya tinggal beberapa
minggu saja kerana satu sakit kronik namun Allah anugerah syahid bila
beliau mati di bom sedang pulang dari solat berjemaah di masjid. Itu
namanya beliau layak...layak menerima anugerah syahid itu. Subhanallah!!!

Author wrote:
> assalamu'alaikum..
> Syukran ummi.. rasa nak g jihad gak nih.. Islam perlu dibela..isk.
> hajar_mohsin@hotmail.com wrote:
> Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
> "Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan
menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira
bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya
Allah Yan Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu.
Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."
> (Asy-Syahid Hasan al-Banna)
> teruskan membaca -
> Lepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki
berjalan mengendap-hendap, mengetuk pintu sebuah pondok dengan hati-hati
sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya.
Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah
syahid petang tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang
dipesankannya menjelang berangkat." Berkata demikian lelaki itu sambil
memberikan sebuah mushaf mungil di tangannya. Wanita tua mendakap mushaf itu
didadanya, seperti ia mendakap Amir kecil sewaktu tidurnya. Dia tidak
pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya
hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar
puteranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya.
Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman
kamar pengantin.
> Ibunda...,
> Kau ucapkan selamat tinggal,
> tatkala aku berangkat berjihad,
> Dan kau katakan padaku,
> Jadilah singa yang mengamuk meraung,
> Kemudian aku berlalu,
> mencatat segala pembataian dengan darahku,
> Bonda jangan kau bersedih,
> Kini belengguku berat Bonda,
> Namun...kemahuanku tak terkalahkan,
> Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku,
> Aliran letrik tak kuasa menyengatku,
> Bonda jangan bersedih,
> Goncangku kanku jadikan pintu jahim,
> yang meledak menghentam para musuh,
> Betapapun kuatnya belenggu,
> Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku,
> Bonda jangan kau bersedih,
> Bersabarlah Bonda,
> Jika tiada lagi pertemuan,
> Dan semakin panjang malam mencengkam,
> maka esok kita kan hidup mulia,
> Di atas negeri kita sendiri,
> Bonda...jangan kau bersedih.
> "Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan
menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira
bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya
Allah Yan Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu.
Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."
> (Asy-Syahid Hasan al-Banna)
> "Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan
saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab,
keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu
adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
> (Mustafa Luthfi al-Manfaluthi)

9:27 PM  

Post a Comment

<< Home