Wednesday, February 16, 2005

cut n paste it here

PESAN IMAM GHAZALI: yang dekat itu mati yang jauh itu masa yang besar itu nafsu yang berat itu amanah yang ringan itu solat yang tajam itu lidahjgn risau jika tak rupawan, tp risaulah jika akhlak murahan, jgn risau jika tak berpasangan, tapi risaulah jika ilmu kekurangan...Sahabat yang beriman umpama mentari yang menyinar.. Sahabat yang setia umpama pewangi yang mengharumkan... sahabat sejati menjadi pondorong impian..Sahabat yang mulia membawa kita ke jalan illahi..

Sebuah karya yang sesuai untuk semua ..........bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar ............bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar ............bagi yang berkeluarga, perlu mengajar ..............Untuk suami ... renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah ...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersamaIsteri menjadi tanah kamu langit penaungnyaIsteri ladang tanaman kamu pemagarnyaIsteri kiasan ternakan kamu gembalanyaIsteri adalah murid kamu mursyidnyaIsteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya....seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya....seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya ...Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU. YA ALLAH,JIKA AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU. YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA,JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK ...
cintailah seseorang dengan niat kerana Allah,kerana dengan redha Allah itu, akan terpeliharalah cintanya kepada seseorang itu di dunia n akhirat

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home