Tuesday, February 22, 2005

hermmm - cut n paste

Memo terbuka daripada Ustaz Mansor.

LARANGAN BERDUA-DUAAN (KHALWAT) ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRAM (HALAL DINIKAHI) Rasulullah s.a.w. telah melarang lelaki dan wanita yang bukan muhram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut.

Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: ýBarangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).ý

2.Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari: ýJanganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.ý

Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam ertikata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.

Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud: ýJauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu).

Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua.ý Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjaga diri agar tidak terjebak kepada tipu daya syaitan yang sentiasa membisikkan kepada diri manusia dengan pelbagai keseronokan dan tindakan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud: ýJalan menuju syurga Allah dihampari dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh hati manakala jalan menuju neraka Allah dihampari dengan perkara-perkara yang disukai oleh nafsu syahwatý. RUJUKAN: al Bakhi al Khauli. Al Islam wa al marýah al Muýathirah. Dar al Qalam. Kuwait Muhammad al Ghazali. Khuluq al Muslim. Dar al Kutub al Islamiyah. T. tp. MANSOR SULAIMAN Pusat Bahasa Moden Sains Kemanusiaan mansor@kuktem.edu.my


Apabila memo ini dikeluarkan, banyak reaksi yang wujud, ada yang membalas memo ini, menyokong apa yang diperkatakan oleh Ustaz, mengeluarkan hujah dan pendapat masing masing. Dengan suasana persekitaran yang semakin kritikal kebelakangan ini, di mana maksiat ada di mana mana, hatta di dalam bilik sendiri pun, diri terdedah dengan maksiat, apatah lagi apabila diri berada di luar bilik.

Sama ada sedar kita atau pun tidak, kita sebenarnya sering kali meletakkan dan mendedahkan diri kita kepada maksiat setiap hari.

Kadang kala ana rasa cemburu melihat si buta, si bisu, si pekak, kerana apa, kerana si buta itu terlepas dari satu maksiat besar iaitu maksiat mata, mata mereka terpelihara dari maksiat, kerana tidak dapat melihat. Manakala si bisu terselamat dari maksiat dari memperkatakan sesuatu yang sia sia, mengumpat,mencela, dan apa sahaja maksiat yang disebabkan oleh mulut dan lidah.

Si pekak pula, dia terselamat dari maksiat pendengarannya, di mana dia dapat menghalang telinganya dari mendengar perkara perkara maksiat yang disebarkan di sekelilingnya. Betullah, walau pun dalam kekurangan, namun sebenarnya mereka terselamat dan mereka mempunyai kelebihan dan terselamat dari maksiat maksiat tertentu, sedangkan kita yang normal ini, tidak mampu menjaga nikmat kesempurnaan fizikal yang Allah beri, sebaliknya kita dedahkan diri kita kepada perkara maksiat !

Dari Abi Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anh katanya: aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jikasekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubah dengan hatnya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah lemahnya iman.
(hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Sa’id al Khudri. Ada pula hadith Ibn Mas’ud yang dikeluarkan oleh muslim, yang di antara kandungannya hampir sama dengan hadith tersebut)

hadith ini mengandungi suatu pengertian yang bernilai yang patut diperhatikan dengan penuh minat oleh orang Islam demi kebaikan masyarakatnya, mengingat kebaikannya adalah kerana dari persamaan rasa bertanggungjawab dalam usaha mencegah segala yang mungkar yang merosak sebdi keperibadian hidup dalam masyarakat.

Menurut keterangan hadis ini, cara mengubah mungkar itu adalah tiga macam:

Pertama:
Mengubah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau dengan kekuasaan orangnya menurut cara yang lebih berkesan. Dan tidaklah dikehendaki erti tangan mengubah dengan cara kekerasan yang membawa pertumpahan darah atau dengan cara yang menimbulkan kekacauan yang lebih dasyat bencananya dari perkara yang mungkar itu sendiri.

Kedua:
Mengubah dengan lidah, setelah tidak dapat mengubah dengan tangan jika difikirkan ada afedahnya atau kesannya, kerana tidak dapat diterima dan dipatuhi nasihatnya atau tunjuk ajarnya, kemudian perkara yang mungkar itu pun diberhentikan.

Ketiga:
Mengubah dengan hati, setelah tiada dapat di ingkar dan diubah dengan tangan dan lidah. Tetapi pengubahan atau keingkaran dengan hati adalah tanda selemah lemah iman. Namun demikian ianya adalah fardhu ain atas tiap tiap orang Islam. Ertinya wajib atas mereka mengingkari perkara yang mungkar itu dengan hati; iaitu tidak menyetujui dengan sepenuh hatinya akan perkara itu berlaku. Tetapi apalah dayanya untuk mencegah atau melarang kerana tiada baginya kekuasaan tangan dan lidahnya

Jadi mengubah yang mungkar itu adalah wajib sekadar yang dapat menurut cara yang tersebut. Andai kata tidak mungkin dilakukan, maka tinggalah satu saja tuntutan, iaitu menentang dan membencinya dengan hati.

Lantas kita ini sebenarnya tergolong dari golongan yang berkemampuan yang mana? Adakah kita terdiri dari mereka yang mampu mengubah menggunakan tangan, atau hanya mampu menggunakan lidah, atau hanya sekadar mampu mengubah dengan hati, ATAU PUN KITA DARI GOLONGAN YANG TIDAK MERASAKAN APA APA TATKALA MELIHAT KEMUNGKARAN DAN MAKSIAT BERLAKU DI DEPAN MATA KITA, ataupun KITA BUKAN SAJA TIDAK MERASA APA APA, BAHKAN MENGGALAKKAN DAN MENYOKONG BERLAKUNYA KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN TERSEBUT ??! nauzubillahiminzalik.

Bercakap mengenai perkara kemungkaran dan maksiat ini tidak akan habis, sampai ke hari kiamat sekali pun tak akan habis, kerana iblis telah berjanji kepada Allah, akan menyesatkan anak anak Adam sehingga ke hari kiamat.

Namun berbalik pada pokok pangkalnya, yang utamanya ialah diri kita. Apa sahaja yang kita lakukan, permulaannya pastinya datang dari kita, kita yang mengawal diri kita sendiri. Usahlah menudingkan jari ke arah orang lain, ataupun meletakkan alas an kepada sesuatu yang lain. Sedangkan hakikatnya yang salah, yang melakukan maksiat itu ialah diri kita sendiri.

Ketahuilah, wahai thalib (penuntut), bahawa agama itu terdiri dari dua bahagian:

Pertama : meninggalkan maksiat
Kedua : mengerjakan taat.


Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin (orang orang yang benar).

Oleh kerana itu, rasulullah S.A.W bersabda: yang bererti,” orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan). Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.

Seperti yang telah ana perkatakan awal awal tadi, ketika kita melakukan sesuatu maksiat dengan menggunkana anggota badan kita yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkanNya kepada kita dan menggunakan amanat yanag diberikan kepada kita. Jadi ketika kita menggunakan anggota kita untuk melakukan maksiat bermakna kita menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggota kita sebenarnya adalah rakyat kita maka hendaklah kita berfikir sebaik baik bagaimana sepatutnya kita menjaganya.

Sabda Rasulullah S.A.W.: ertinya.”maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua harus akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya).
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar R.A)


kita mesti mengetahui bahawasanya semua anggota kita akan bersaksi di atas segala perbuatan kita di Padang Masyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggota kita akan mendedahkan segala rahsia kita di hadapan perhimpunan agung di padang masyar. Dan dalam hal ini Allah telah berfirman: maksudnya,”Di hari itu (hari Qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu,dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).”
(surah An-Nur, ayat 24)

Allah berfirman lagi: maksudnya,” pada hari ini ( hari Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu)
(surah Yassin, ayat 65)

oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk menjaga sebaik baik seluruh anggota kita, khususnya anggota kita yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan, iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.

Pertama : menjaga mata
Peliharalah mata kita dari empat perkara :
1. melihat perempuan yang bukan mahram.
2. melihat ga
mbar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.
3. melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
4. melihat keaiban orang lain.


Kedua : menjaga telinga
Kita hendaklah menjaga telinga kita dari mendengar perkara bid’ah atau seumpamanya atau perkataan yang jahat atau perkataan yang sia sia atau menyebut nyebut kejahatan orang lain.
Sebenarnya telinga kita ini diciptakan oleh Allah untuk kita dapat mendengar akan Al Quranul Karim dan hadis hadis Rasulullah S.A.W. dan hikmah-hikmah pada Auliya maka kita hendaklah menggunakan telinga kita untuk mendengarkan ilmu pengetahuan sehingga dengan ilmu itu kita dapat mencapai kerajaan yang kekal dan kenikmatan yang abadi (di dalam Syurga).
Dosa memperkatakan orang itu bukan hanya tertentu bagi orang yang berkata sahaja tetapi DOSA ITU JUGA AKAN TERKENA KEPADA ORANG YANG MENDENGAR PERKATAAN ITU.
Sabda Rasulullah S.A.W.: ertinya,” Sesungguhnya orang yang mendengar ( seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (di dalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat.”

Ketiga : menjaga lidah
Rasulullah bersabda: ertinya,” sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi ketawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun.”
(Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)
jelas di sini menunjukkan, walaupun tujuan dan niat kita pada mulanya hanya sekadar berlawak jenaka, dan sekadar bergurau senda, namun,kita harus belajar untuk mengekang lidah kita sekuasa kita agar ia tidak menyebabkan kita dihumbankan ke dalam api neraka.

Jagalah lidah kita dari lapan perkara :
1. bohong
2. menyalahi janji
3. mengumpat orang
4. berdebat atau bertengkar dan suka me
mbantah perkataan orang lain
5. memuji diri sendiri
6. melaknat
7. mendoakan celaka bagi orang lain
8. bergurau, mengolok olek dan mengejek orang lain.


Keempat : menjaga perut
Kita hendaklah memelihara perut kita dari memakan makanan yang haram atau yang syubhat dan berusahalah untuk mencari makanan yang halal.
Dan apabila kita telah mendapatkan makanan yang halal, maka hendaklah kita merasa cukup dengan memakannya dan hendaklah kita berhenti sebelum kenyang kerana perut yang kenyang itu mengeraskan hati dan menumpulkan akan dan memberatkan anggota daripada membuat ibadatdan mencari ilmu, bahkan perut yang kenyang itu akan menguatkan syahwat dan membantu tentera syaitan.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home