Wednesday, March 02, 2005

herm

TABIB-TABIB ISLAM

Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.2. Makan buah badam.3. Makan daging kambing.4. Halwa halia.5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.6. Makan buah limau.LARANGANAhli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri

1 Your Thoughts:

Anonymous Anonymous said...

pernah gak terbaca pasal ni...bab kesihatan. kalau kitab tuh 'tibb nabi' camtu la lebih kurang tajuknye..

pasal buah kurma, tembikai, madu etc..yang paling buat saye terpikir pasal makanan yang paling kompleks..lengkap dari segi pemakanan dan minuman sekali...susu. minum susu bukan boleh hilang dahaga aje..lapar pon boleh hilang.

dari dulu, kini..dan akan datang kempen untuk ibu² untuk menyusu anak dijalankan. 'breast feed'..feed tuh bagi makan la kan?

bukan takat susu dari lembu/kambing/unta aje..susu ibu pon berkhasiat. so, pada ibu dan bakal ibu bagilah makan makanan yang menyehatkan anak..nanti besor elok paras rupa dan akhlak budi pekerti..sebab datangnye makanan tuh dari sumber yang bersih dan suci...syurga di bawah tapak kaki ibu.

pikir dan renungkanlah

wan al-hajj

12:30 AM  

Post a Comment

<< Home