Friday, March 18, 2005

nasihat kepada diri ku yg sering lupa

Sembilan pembaziran tanpa disedari oleh kita manusia daripada ...IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah.Beliau mempunyaibanyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakandakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292Masihi) dan meninggaldunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilanpembaziran yang seringdilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. ( aiyak)

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidakbermanfaat dan tidakdiredai Allah. (aiyak astagfirullah)

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.(aiyak astagfirullah)

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepadaAllah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.
(astagfirullah me did waste my love to someone who are not qualified to acept it :( x nak buat lagi dah inshallah, buang masa jer dulu2 inshallah x nak buat lagi camtu)

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarijal-Salikin, waktu tiduryang lebih baik adalah pada pertengahan malam yangawal iaitu kira-kirajam 10 malam.Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepaswaktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dariwaktu Maghrib ke Isyak.Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuhbadan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home