Sunday, May 29, 2005

Kebahagian itu ada..

Ahad malam, 30.05.05 jam 9.19pm

ada masa selama satu jam lagi me akan bergerak ke kedah, perjalanan dengan hanya menaikki bus with my mom, naik bus dekat ngan area umah andak, so easy for him to jemput us inshallah :)

harapan me adalah me akan mendapat cuti yg baik ke tika di kedah nanti ameen inshallah, mintak2 kali ini percutian me akan memberikan kebahagian berpanjangan di dlm hidup me, cuti ni me kalo ada masa terluang harapan me agar me dapat memuhasabah diri me di sana nanti, banyak perkara perlu me pk kan jawapannya... :) sebelum me bertolak, me ada membaca one article inside my new book ni... me harap me akan digest wat i write here inshallah, jumpa lagi blog ku :) me cuti lama ni di kedah weheee! ikan keli mari kepada ku!


Kebahagian itu ada... tetapi siapa yg mendapatkannya dengan begitu mudah?

Kukatakan kepada hatiku bahawa
Jika kesusahan datang menerpamu
bergembiralah, kerana kebanyakkan hal
yang menakutkan itu tidak ada kenyataannya

Seseorang tidak mungkin mendapatkan kebahagiaan kecuali dari dirinya sendiri. Hendaklah ia membawa dirinya ke jalan keutamaan untuk mendapatkan kebahagian. Namun, dia harus berusaha menemukan jalan dan cara yg paling utama agar dapat meraihnya. Hal itu terangkum dalam kualiti hidup dalam dirinya, iaitu kejujuran, keberanian, berusaha, rajin, cinta antara sesama makhluk, suka bekerja sama dengan mereka, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu memiliki hati nurani yang hidup.

Kebahagiaan itu bukan khurafat. Sesungguhnya ia adalah hakikat yang nyata. Ramai org yg menikmatinya, dan kita pun memiliki kesempatan sangat besar utk menikmatinya bila kita dapat memanfaatkan cubaan-cubaan kita dan mengelola pengalaman-pengalaman yg telah kita perolehi dalam kehidupan.

Apabila kita dapat memahami erti kehidupan ini, kita akan mampu mengekplotasi banyak hal yang berguna dari dalam jati diri kita dan kita dapat membebaskan diri dari berbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizik dan kejiwaan kita dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. Kita dapat menghayati kehidupan kita yang telah dianugerahkan oleh Allah ini dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang dan tidak pula menyengsarakan diri.

Bekalan :')
berhentilah merasa gelisah, bersabarlah hadapi kenyataan hidup dengan tabah, lakukanlah sesuatu untuk kehidupanmu! Ya noor afzan! berhentilah merasa sedih dan gelisah! Sesunguhnya PERTOLONGAN Allah itu disesuaikan dengan KADAR BEBAN yg Ditanggung!

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home