Tuesday, May 24, 2005

NYAHkan rasa JEMU dari hidup anda!

Orang yang hidup mengekang diri dengan hanya satu gaya atau cara hidup life style sudah tentu akan dilanda kebuhsanan. Hal itu kerana jiwa manusia pada dasarnya cenderung mudah bosan. Tiap-tiap manusia tidak akan betah dalam satu keadaan yang sama. dan kerana itu pula maka Allah menjadikan banyak warna dan bentuk utk suatu tempat,zaman, makanan, minuman dan makhluk2 ciptaanya. Ada Malam ada Siang, ada dataran tinggi dan ada pulak dataran rendah, ada putih ada pulak hitam, ada panas ada sejuk, ada manih ada masem dan ada pahit. Kepelbagaian dan perbezaan ini telah pun di sebut oleh Allah dalam beberapa firmanynya. Diantaranya Allah befirman, ertinya "(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya" (Surah An-Nahl:69)

Dari pohon2 tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun (Surah Ar-Ra'd:4)

Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan)Kami pergilirkan di antara sesama manusia (Supaya menjadi pengajaran)(Surah Ali Imran:140)

Malahan bani israil pernah berasa bosan dengan makanan mereka yg paling baik dan mengeluh kepada Allah: "Dan kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yg semacam sahaja" (Surah Al-Baqarah:61)

Al-Makmun adakalanya membaca sambil duduk, sekali-sekala dengan berdiri, dan ketika yang lain sambil berjalan. dan kerana itu pula ia telah berkata: "Jiwa manusia itu sungguh mudah merasa bosan":Allah juga sudah berfirman, ertinya: "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring" (Surah Ali Imran:191)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa dalam beriadah pun manusia akan mudah merasa bosan. Sebab itu maka Allah pun memberi banyak pilihan bentuk dan cara beribadah kepada para hambanya.

Allah sudah menetapkan pelbagai amalan hati, amalan lisan, amalan badan dan amalan harta. Kita juga tidak hanya diwajibkan sembahyang, tetapi juga berzakat, berpuasa, menunaikan haji dan ikut berjihad. Lebih dari itu, dalam sembahyang pun kita tidak hanya disuruh berdiri sahaja, tetapi juga ruku',sujud dan duduk.

Semua ini mengisyratkan bahawa siapa pun yang menghendaki kepuasan, semangat yang selalu baru dan produktiviti maka ia mesti pandai membahagi waktunya. Ia perlu membahagi waktu kerana selain ia perlu bekerja, merenung dan perlu juga mencari hiburan. Dalam hal membaca pun, anda perlu kepelbagaian. Ada masanya anda perlu membaca Al-Quran, tafsir, sirah Baginda rasul, hadis fiqh, sejarah sastera dan ilmu pengetahuan lain. Begitu pulalah dalam melaksanakan kegiatan harian, anda mesti dapat menentukan bilakah waktu utk beribadah, mencari hiburan, mengunjungi kenalan, menerima tamu, bersukan dan berkelah. Dengan begitu, nescaya jiwa anda akan terus merasa segar dan bersemangat.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home