Wednesday, May 04, 2005

pantun budak sekolah agama

saw this pantun dlm satu blog hurm kutujukan khas buat diriku sendiri plus kawan2 sesekolah taayah yg membaca hehe

Pantun Budak (ex) Sekolah Agama
Terutamanya buat budak-budak Al-Amin...keluar sekolah ni macam mana taraf iman kita ya? (pengajaran buat saya juga

Zaman skolah ber 'ana-enti',(me x penah)
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,"
Ana rindulah sama Al-Amin..(me rindu taayah really)
"Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.
Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa...
"Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.
Orang cakap budak Al-Amin berkualiti,Baik,
berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.
Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!
"Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.
Sekian, wassalam.

Huda Kamarudin,Pagi musim bunga,
Royal College of Surgeons

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home