Friday, June 10, 2005

Depa org susah :(

10 Sekeluarga tinggal dalam rumah usang

SUNGAI PETANI: "Jika angin kuat dan hujan lebat, kami sekeluarga terpaksa mencari tempat berteduh kerana bimbang rumah roboh. Memang ada niat mahu membaikinya tetapi masalah kewangan menghalang sekali gus memaksa saya, isteri dan lapan anak tinggal dalam rumah yang kami beli 3 tahun lalu dengan harga RM70.00. Rumah ini boleh ranap bila-bila masa," kata Mokthar Ismail, 38, yang tinggal di alamat No. 17, Kg. Bukit Kechil, Mukim Simpor, Sungai Petani, Kedah.
Ketika ditemui pegawai media Teras, Mokhtar Ismail bekerja sebagai pemandu van penghantar ubat-ubatan tradisional di merata-rata tempat, berkata pendapatan kasar RM500.00 sebulan, itupun terkadang tak sampai sebanyak itu, tidak cukup untuknya membaiki rumah.
"Selepas ditolak dengan perbelanjaan harian termasuk persekolahan lima orang anak, saya hanya mempunyai kira-kira RM100.00 untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Malah, dengan wang sebanyak itu terpaksa berjimat cermat untuk kegunaan kecemasan seperti membeli ubat atau perkara lain yang diperlukan serta-merta," katanya.
Menurut isterinya, Meryam Baharom, 36, baru sebulan turut membantu membuat kerepet pisang untuk dijual bagi membolehkan mereka tidak putus perbelanjaan, itupun tak dapat buat selalu kerana anak bonsunya yang masih menyusu badan berusia setahun.
Katanya, tapak rumah yang mereka duduki sekarang dibelinya dengan harga RM2,000.00. Itupun dibayarnya beransur-ansur sekadar termampu, kini berbaki hutang lagi sekitar RM1500,00. "Manakala bekalan elektrik dan air kami sekeluarga terpaksa mengharap ihsan rumah bapa yang tidak jauh dari rumah kami. Bapa kamipun susah juga.
"Saya dan isteri tidak tahu peraturan untuk memohon bantuan apatah lagi selepas permohonan mendapatkan basikal untuk lima anak yang masih bersekolah juga gagal," katanya.
Katanya, hanya sekali tiga anaknya menerima bantuan iaitu wang 'one off' awal tahun lalu dan kini dia sedang berusaha menempatkan seorang anaknya berusia enam tahun ke prasekolah yang ditolak kemasukannya ke SK Darul Aman. Lebih terdesak lagi, apabila menyambut tahun baru dan hari-hari raya.
Pegawai Media Teras
Kamaruddin Kassim

p/s: me mengcompare gaya hidup depa yg sungguh tenang dan sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah berikan pada mereka, how strong their faith n always thankfull to allah in every thing they do,me kene contohi depa ni, org susah yg sgt bersyukur dan berjimat cermat mashAllah! mereka xpenah tinggal segala kewajipan mereka kpd Allah (tats wat pemerhatian drpd my ustaz tafsir told me di Ym subhanallah, ustazkuliah : anak umur 15 th telah hafaz Al-Quran sebanyak 8 juz noor :(MashaAllah) ustazkuliah : mereka tidak pernah marah siapa saja bahakan tak terkeluar kata-kata menyalahkan sesiapa saja Noor : ustaz kenal keluarga depa?ustazkuliah: saya tak kenal ... bila saya dapat maklumat .. saya terus kerumah mereka 2 kali untuk siasat Noor : oooo Noor : jarang nak jumpa org mcm ni ustazkuliah : sukar nak dapat keluarga susah begitu tetap hidup tenang ustazkuliah : mereka hidup susah tapi tak suka meminta-meminta ... sebab mereka agak pemalu ustazkuliah : masyarakat setempat tak tahu mereka terlalu susah sebab mereka tak pernah bagi tahu keadaan mereka Noor : ooo mcm mana ustaz boleh tahu ya? ustazkuliah : itupun saya kerumah mereka buat siasatan .. baru dapat maklumat Noor : ooo

So anyone who feel like wanna help them pls do inform me

http://terasmelayu.org/mainpage.htm Posted by Hello

1 Your Thoughts:

Anonymous Anonymous said...

aku nak tolong jugak bg sedekah dlm 250 boleh kan noor? aku email kau number hp aku nanti kau bg account number aku masukkan duit!
Dina

12:19 PM  

Post a Comment

<< Home