Sunday, June 26, 2005

kuliah magrib

Asleh nafsaka wad'u ghairaka -"Perbaiki lah diri kamu dan seru lah orang lain."Daie bukan penghukum tetapi adalah ustaz ( guru/educator/murabbi) kepada masyarakat.

Memperbaiki diri, itulah langkah pertama, kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk memenangkan yang haq dan mengalahkan yang batil tersimpul didalam tiga bentuk menurut susunan yang berikut : kekuataniman, kekuatan persatuan ( ukhuwah/persaudaraan),kekuatan tangan ( kuasa ) dan kemudian kekuatan senjata (ketenteraan).
Inilah tertib susunan kekuatan yang telah dilalui dan telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman.

Untuk merealisasikan cita cita yang hendak dicapai, kita berhajat kepada jiwa jiwa yang besar yang mempunyai kemahuan yang keras ,kesetiaan yang tetap dan tahan, mempunyai iman yang benar serta mampu dan rela memberi pengorbanan yang banyak.

Atas asas ini lah dibangunkan ummah yang baharu- bangun dengan jiwa yang agung, terbina dari pegagan hidup yang teguh dan jiwa yang terdidik.

Tidak syak lagi bahawa membentuk individu muslim sejati itu lebih susah dari membuat kilang dan membina bangunan bangunan.

Ciri ciri Individu yang kita kehendaki.
- Aqidah Salimah
- Ibadah Sahihah
- Aqidah yg teguh
- Tsaqafatul Fikr
- Kekuatan Jasmani
- Sudut-sudut lain yang lazim

utk me hayati: jika xmampu nak berkhidmat pd org lain cukup lah jgn menjadi beban pd org yg lain

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home