Monday, June 20, 2005

Sahabatku

kutujukan kata2 hikmah ini kepada sahabat2 yg bakal mendirikan rumah tangga dan telah pun berumah tangga dan utk diriku sendiri...

kata hikmah ini berbunyi begini .... hayatilah....

Sahabat...
Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak2 yg lain melainkan hak2 Allah swt dan Rasulnya
Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada suamimu serta berilah perhatian ketika ia bercakap di samping menghormatinya. Berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman

Sahabat...
Muliakanlah ahli keluarga suamimu dan saudara-maranya
Memenuhi keperluan suami dengan baik, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati

Sahabatku...
Tumpukanlah perhatian kepada kewajipan dan urusan di dalam rumah tangga

Mestilah sama2 merasai perasaan, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka, bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang, dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya

Sahabatku yg tersayang
Jagalah perasaan dan maruah suamimu
Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, semoga suami kita kuat beribadah, berjuang bersunguh-sungguh pada jalan Allah agar terjalin kasih sayang hanya kerana Allah bukan kerana nafsu dan mendapat zuriat yg baik

Sahabat...
Hiasilah dirimu untuk suami sahaja
jagalah dirimu ahlakmu dan hiasi akan dirimu dengan secantik2nya hanya kerana Allah dan bukan hanya menghiaskan dirimu utk tatapan bos mu kawan2 mu....(pastikan bau mu sentiasa wangi dan bukan berbau bawang hehe) Sentiasalah mendoakan suami dan tidak menyusahkan suamimu dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami tidak bergaduh di depan anak2 mu nanti

Sahabat......
Berpuas hatilah dengan apa yg ada (qanaah)
Memahami suami jika dia pemimpin, bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak2 buahnya, jika suami guru, kitahendaklah melengkapkan diri dengan ilmu


Yang terakhir sekali....pesananku....
Sahabatku
Janganlah berasa bangga terhadap suamimu tentang harta, kecantikan dan keturunan

itulah sahaja pesanan ku kepada dirimu dan juga untuk diriku yg serba kekurangan ini... sama2lah kita menjadi insan yg diredhai Allah dalam segala apa yg kita lakukan... InshAllah...

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home