Sunday, July 31, 2005

nasihat utk diri

Selalulah menghadirkan diri ke taman-taman syurga Allah yakni ke majlis-majlis ilmu. Selalulah mengikuti program-program yang disediakan atau carilah program-program yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Selalulah berkawan dengan mereka-mereka yang soleh yang membolehkan hati kita mengingati Allah, jauhilah dan kikislah sifat-sifat jahiliah yang masih tertinggal di dalam diri kita. Perubahan itu bukan berlaku sekelip mata, malah hanya akan berlaku apabila Allah yang mengizinkan maka janganlah jemu untuk berusaha. Dan ingatlah yang paling penting adalah doa. Allah akan memakbulkan doa mereka yang sabar lagi ikhlas.

"Dan orang2 yg beriman serta beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang)dlm taman2 syurga,mereka beroleh apa sahaja yg mereka inginkan di sisi Tuhan (42:22)"

Bilamana ucapan org bijaksana itu tepat dan mengena sasaran, hal itu merupakan ubat,tetapi apabila salah sasaran, maka ia menjadi penyakit -Saiyidina Ali KAW

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home