Tuesday, August 09, 2005

Innalillahiwainnahirajiun to syeikh ahmad deedat :'(

Ahmah Deedat meninggal dunia

KAHERAH 8 Ogos - Pendakwah Islam terkenal di dunia, Sheikh Ahmed Deedat meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun selepas terlantar sakit selama sembilan tahun akibat diserang angin ahmar yang serius.

Ahmed Deedat, yang dilahirkan di daerah Surat, India pada 1918, diserang angin ahmar pada 1996 yang menyebabkan beliau kehilangan aset paling berharga dalam perjuangannya untuk menyebarkan agama Islam, iaitu bercakap.

Pendakwah terkenal itu telah mengasaskan Pusat Penyebaran Agama Islam Antarabangsa (IPCI) di Durban, Afrika Selatan dan mengedarkan lebih 20 juta naskah bukunya dan juga rakaman audio secara percuma untuk tujuan dakwah.

Hasil usaha gigihnya, beratus-ratus penduduk di Afrika Selatan di mana beliau tinggal telah memeluk agama Islam, termasuk sejumlah besar mubaligh Kristian.

Pada 1986, Ahmed Deedat menerima Hadiah Antarabangsa Raja Faisal daripada Yayasan Raja Faisal kerana sumbangannya kepada Islam.

Beliau berkongsi hadiah itu bersama-sama seorang ahli falsafah dan intelektual Islam Perancis, Roger Garaudy.

Ceramah terakhir yang disampaikan oleh Ahmed Deedat ialah di Sydney, Australia pada 1996, iaitu tidak lama sebelum beliau jatuh sakit. - Agensi

(ps) itulah dia petikan dari paper utusan OLine, me amat meminati ahmed deedat though, he such an amazing men in islam utk abad baru ni, ramai org masuk islam setelah mendengar deebate dia, ramai org masuk islam setelah baca buku2 dia, subhanallah, allah berikan dia kebolehan bebicara, sungguh bertuah, moga syeikh ahmed deedat di cucuri rohnya di akhirat sana ameen!

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home