Wednesday, October 12, 2005

Pearls

Tajuk : Puasa Boleh Menghapuskan dosa Hadith : Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku,
maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak.
Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu
lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, daripada nabi s.a.w baginda meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi yang diterima daripada
Allah s.w.t sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
Wahai hambaKu! Kamu semua selalu melakukan
dosa sama ada pada waktu malam ataupun pada
waktu siang dan Aku adalah Zat Yang Maha Mengampuni
semua dosa, oleh itu mintalah keampunan kepadaKu, nescaya
Aku akan memberikan keampunan kepadamu.
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah amalan yang
paling utama?.
Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi?. Baginda bersabda:
Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi:
Kemudian apa lagi?. Baginda bersabda:
Berjuang pada jalan Allah. (Hadis disepakati bersama
oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Kamu tidak akan dapat menyenangkan
kepada orang-orang dgn hartamu,tetapi senangkanlah
mereka dengan senyum dan baik budimu."

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home