Pearls
Dan orang-orang
yang apabila telah melakukan perbuatan keji
atau menganiayai diri mereka sendiri,
mereka ingat kepada Allah,
lalu memohon ampun atas dosa-dosanya.
Dan siapakah lagi
yang akan mengampuni dosa
selain daripada Allah?
Dan mereka tidak meneruskan
perbuatan yang buruk itu,
sedang mereka mengetahui."
(Surah Ali Imran:135)
IKRAR DIRI Untuk hidup yang lebih positif… Ya Allah Ya Tuhanku.... Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan sedang menghampiriku, Aku sedar setiap musibah yang menimpa diriku adalah ujianMu ke atas keimanan dan ketaatanku kepadaMu, Kini kumengerti bahawa disebalik setiap kepahitan yang telah,sedang dan akan kulalui, ada kemanisan yang Engkau janjikan untukku dipenghujungnya, Aku terima setiap ketetapanMu ke atasku kerana aku yakin bahawa setiap ketetapan yang Engkau datangkan ke atasku adalah yang terbaik untukku mengikut ilmuMu, Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda sayangMu kepadaku, Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, Sebaliknya aku bertuhankan Engkau Ya Allah, Kini aku tidak lagi meletakkan kebahagiaan kepada kebendaan, Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seseorang, Kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaatiMu, Cukup Engkau sebagai tempatku bergantung , Dan aku tidak sesekali bergantung kepada selain dariMu, Aku sekarang melihat Engkau dalam setiap hal kehidupanku, Aku kini tenteram walaupun dunia disekelilingku bergelora, Aku sudah memulakan lembaran baru dalam hidupku, Aku tahu Engkau Tuhan Yang Maha Memberi,Maha Penyayang dan Maha Menolong, Aku reda dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmatMu ke atasku, Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingatiMu, Aku tidak lagi berburuk sangka terhadap Engkau dan diriku, Aku kini khusyuk mengisi jiwa dengan mendekatiMu, Aku amat suka bersolat, berdoa dan berzikir kepadaMu, Aku tenang, aman dan bahagia disisiMu Ya Allah, Aku tidak lagi mudah berputus asa, Aku bersabar dalam menunggu bantuanMu, Terima kasihku kepadaMu kerana telah memberi petunjuk kepadaku.. AMIN.... Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (Al-Baqarah : ayat 152) Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah : ayat 153)
0 Your Thoughts:
Post a Comment
<< Home