Monday, February 27, 2006

islam agama kita

semua umat islam seluruh dia menunjukkan kemarahan mereka terhadap karikator yg di keluarkan di denmark, masa kejadian ni me xtahu apa sebab me tgh shooting kat langkawi (me pon blur habis baca paper sbb mcm mana agaknya karikator yg di kuarkan sbb xda gie internert cafe hurm) apa2 pun mana tak semua org islam mengamok bila Rasullah saw di perlakukan begitu, dan bagi pendapat me yg xseberapa ni, org2 putih ni mmg depa xrespect their own religion and most of org putih dont have religion cz they not belive in god, they even draw funny thing with their jesus, they lose respect with their life just imagine org tua baya2 nenek2 depa slumber wearing swiming trunk tanpa rasa malu, me masa soting di langkawi banyak lah sgt dosa mata me :( hurm semua dah jadi dugong berjemor di tepi pantai heh!

dtg pulak org melayu kita yg mmg suka sgt terikut dengan budaya luar, baca dan dengar saja fatwa dari mufti perak yg menyatakan betapa besarnya bilangan org murtad di msia, me ingat lagi masa me di kolej dulu waktu tu taun 2000 kawan class mate me bf dia dah murtad nauzzubillah akibatnya dia anti islam kerana islam itu bagi dia agama wajib bg org melayu dan dia mmg anti ngan org melayu n this guy actually budak hard core music underground so depa ni selalu ber pk lain dari org yg kat ground! org putih ni mmg creative cara depa berpk me suka tgk tapi kalo depa ni di islamkan alangkah cantiknya, malangnya depa ni org putih mmg suka outspoken dan lain dari cara hidup kita di timur yg lebih penting kan sopan santun dan menjaga hati org, pemalu tu semua mmg di anjurkan oleh islam kan, Nabi Muhammad saw sifatnya tawaduk' pemalu, sopan santun dan dlm erti kata sebenarnya Rasullah saw ahlaq nya adalah Alquran!

mana tak org islam marah dan mengamok sbb org putih ni dah main2 kan Rasullah SAW, pasti 3 march ni seluruh dunia akan bergabung utk buat bantahan keatas karikatur ni nanti! tapi org yg buat demonstrasi di KL umunya di Msia xbanyak mcm org kat luar negara sbb kita ni xpeka ngan keadaan, kenapa pulak NST gatal2 mengada2 kuarkan karikator tu? me rasa depa ni saja nak test macam mana perasaan org islam di msia kita punya perasaan, mengamok ker tak atau senyap jer?! nampaknya org kita melayu amnya xpeka hurm, di mana kah tahap islam kita di msia ni entah lah.... media la ni banyak sgt hiburan dan melekakan muda mudi amnya, dlm LRT kita leh tgk budak2 muda selamba peluk2 depan org2 tua pakai seluar nampak pongong semua, pakai tudung pon sama leh nampak pongong :'( nak tegor kene maki? xtegor pulak xjadi apa? ker guaner? hurm xtahu ah nak kata apa tentang Islam di Msia, sayang2 sbb islam itu indah bukan hanya di mata :'( me my self pon x perfect tapi apa2 pon didikan ugama mmg mula dari rumah, kalo mak bapak pon xalert anak2 lagi ah akan jadi haru.

di semerata dunia lagi2 di dunia org putih ni mmg anti kat org islam dan kita org melayu suka pulak kat org putih, sambut valentine sambut xmas kata depa depa ni nak meraya kan, hurm me pon xpaham, me rasa yg jadi mcm ni sbb lack of islam education, tu pasal depa mcm ni jadinya, cer depa ada ilmu dan mmg depa amalkan ajaran islam pasti xjadi mcm ni... so salahnya sapa ker? nak kita salahkan ustaz ustazah? pelajar2 yg ada degree master dari mesir jordan syria sbb xsebarkan ajaran islam secara jayanya di msia? or salah kan kerajaan sbb xbagi rakyatnya education abt islam? or salahnya mak bapak kat umah sbb xbagi anak2 depa ajaran islam dgn baiknya? org salah kan diri sendiri sbb xda rasa nak belajar dan amalkan ajaran islam? semua ni bersangkut paut antara satu sama lain... semua kene berjamaah help each other utk dptkan kekuatan islam ni, xleh nak bergerak sorang dlm sebarkan ajaran islam, kene kuat kene ada jemaah! sbb kalo buat sorang2 nak dakwaah sorang2susah nak berjaya! even Rasullah saw pon berjemaah berkumpulan dlm menyebarkan ajaran islam, me pon kalo xda kawan2 yg ajak me sama2 buat perkara mulia me pon leka :'( me xkuat so me perlukan sokongan tapi idoklah tunggu kawan baru nak buat, sama2 ah sokong antara satu sama lain, muslims kan ibarat batu bata, help each other!sokong each other!

islam bukan suka umat islam nya melakukan keganasan, tapi islam mmg akan suruh kita mempertahan kan agamanya jika ada musuh menggangu! like mcm karikator tu depa dah gangu dan cuba main jahat ngan kita maka umat islam kene ah bangkit naytakan perasaan bantahan mereka, NST pon satu hal senang2 jer siar senang2 jer dpt kemaafan :'( sapa ah head of NST la ni tingin me nak tahu org islam melayu ker org non muslims, kalo non muslims as their head of pengarang tu mmg depa xpaham islam tu apa, nasib gak ada parti2 mcm PAS ni kalo xda agaknya org msia xda alternative lain nak tahu apa tu Islam?! tapi kene ingat kita xleh saja harapkan pada PAS to get all the info abt Islam, organisasi lain pon kene sama2 turut serta, individu like us pon sket2 kene contribute giving info abt islam n jgn condemn saja, help help help each other!

makanya kita kene nyatakan perasaan xpuas hati terhadap karikatur ni sbb nya adalah Rasullah SAW ni penghulu kita, org yg kita kene sangat2 hormat, sunnah nya sebagai amalan yg kita patut buat, banyak kita kene pk muhasabah diri kita, timbang2 pakai neraca tahap iman kita ni tahap mana :'( me dlm pada masa sama pon mengingat diri me sekali, yes human normal akan make mistake but we also have to remember we in dunia ni ada mission, Allah jadikan manusia dan jin utk menyembahnya, sembah ni maksudnya buat segala suruhan Allah, bukan saja2 wujud kat dunia lepaking xda buat apa :'( dunia mmg selalu bg manusia mcm2 perasaan :'(
sedih gembira mcm2 lah, Allah maha pengampun, bila buat salah minta ampun dan Allah pasti ampun kan kita dan janji Allah adalah benar!

marilah kita sama2 timbang diri! pk dan menung2 apa yg patut! wallahualam! tapi me sedar im not the rite pesron tu cakap banyak mengenai Islam, tapi ini adalah lil'tought from my self abt wat i feel small tought maybe can help us rite? xsalah mengeluarkan perasaan hati?!

1 Your Thoughts:

Blogger Lil Noorie berkata said...

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI..

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI...
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung
dulu-! dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk
meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya
botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak
dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak.
Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain,
cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan
macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang
kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad
s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi
tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya
senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas
saya. "Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita..."
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih
utama."
"Encik takut?"Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya lebih
hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Gi! liran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula
mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang
di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila
ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh
mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa
pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah kita
mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan,
kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan
keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan
punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawa! n-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih
marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka
terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah
kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau
marah saja, belum tentu ada cinta... "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di
atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding
barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola
berfikir saya. . Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang
di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak
sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya

nice email i took from my email from kak khoraiza :)

12:54 PM  

Post a Comment

<< Home