Pearls
Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”. – Surah al-Hijr, ayat 39-40.. Ingatlah permusuhan kita dengannya.Sesungguhnya Iblis itu adalah musuh kita yang nyata....sama2 beringat yer
Kebahagiaan itu ibarat sebatang pokok yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya….. (Yusuf Al-Qardawy)
Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.” Riwayat at-Tirmizi
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. -Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).

2 Your Thoughts:
Hi Noor, jumpa lagi..
Keikhlasan tu bukan dtg dgn mudah dlm diri kita, melainkan perlu latihan dan keazaman utk memilikinya. Mungkin sebab tu, lantaran ramai kita yg belum cukup keikhlasannya, mudah terjebak oleh pengaruh2 syaitan.
Abgjas yakin, ikhlas dlm mengelak diri drpd meminum arak lebih mudah drpd mengelak hati drpd berperasangka buruk kpd org lain..
Hi Abg Jas, Jumpa Sokmo kita :)
ty 4 keep on helping saya bagi bermacam2 pendapat dan pandangan dan kata2 semangat, InshAllah teruskan membantu saya ya, ikhlas ni perlu di latih dlm erti kata lain istiqomah, InshAllah mari lah sama2 usaha membetulkan apa yg masih xbetul2 kan abg jas :) thanks abg jas
Post a Comment
<< Home