Sunday, June 04, 2006

4.06.06 :Orang kata... Atuk kata... Aku Rasa

ORANG KATA..
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari
semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
yup....tepat sekali"

3 Your Thoughts:

Blogger AbGJaS said...

Hi Noor,
Apa yg orang kata, atuk kata, Noor kata tu....abgjas fikir tepat sekali.

Namun kenapa semua perkara maksiat tu masih berleluasa? Adakah kerana jahil?

Abgjas tidak fikir begitu.. penyebab utamanya adalah LALAI!

Melakukan maksiat kerana jahil tidak lebih teruk drpd melakukan maksiat sedangkan mengetahui ianya salah, itu MENZALIMI DIRI namanya..

12:10 PM  
Blogger Lil Noorie berkata said...

Hi Abg Jas!

hurm yg noor perasan kita ni mmg buat dosa sbb kita lalai dan xpk panjang dan terlalu ikut nafsu kita.... iman di waktu kita membuat dosa waktu tu di tahap lemah dan serabut... itulah akibat drpd kita xmuhasabah diri kita hurm noor cakap based on wat happend to me before lah abg jas :( astagfirullah!

1:21 PM  
Blogger AbGJaS said...

Kata Nabi, semua anak Adam berdosa kan? Tetapi sebaik2 org berdosa ialah yg banyak taubatnya.

12:44 AM  

Post a Comment

<< Home