myMetro » Setempat
Tanam bayi tutup aib
Oleh Adnan Mohamad
(http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20080528094559/Article/index_html)
TUMPAT: Misteri beberapa individu memasuki kawasan perkuburan di Kampung Tanjong, di sini, kira-kira dua minggu lalu tanpa sebarang khabar kematian didengar penduduk kampung, akhirnya terjawab apabila mereka sebenarnya mengebumikan mayat seorang bayi yang dipercayai meninggal dunia ketika dilahirkan.
Mayat bayi lelaki terbabit yang dipercayai hasil hubungan terlarang itu dikebumikan secara senyap-senyap bagi menggelak diketahui penduduk kampung serta menutup aib keluarga berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya terbongkar juga apabila diketahui pihak polis yang terpaksa menggali semula kubur di tanah perkuburan Islam berhampiran Kompleks Imigresen Pengkalan Kubor, di sini, dengan disaksikan wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tumpat, kira-kira jam 4 petang semalam.
Dalam operasi menggali semula kubur cetek itu, difahamkan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menemui mayat seorang bayi yang cukup sifat sebelum membawanya ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran tanah perkuburan berkenaan, Noriah Abdul Rahman, 43, berkata kira-kira dua minggu lalu dia ternampak empat atau lima individu memasuki kawasan kubur di sebelah rumahnya selepas azan Maghrib, kira-kira jam 7.30 malam.
Menurutnya, dia berasa pelik kerana jika ada kematian dan ada pihak yang hendak mengebumikan jenazah, mesti ramai penduduk kampung yang berkumpul untuk membantu tetapi apa yang dilihatnya kali ini agak berlainan.
Bagaimanapun, katanya ketika itu dia tidak mempedulikannya kerana hari sudah gelap dan bersiap untuk menunaikan solat sambil menutup tingkap rumahnya selepas itu.
“Ketika melihat kelibat kumpulan individu di kubur itu saya tidak mengesyaki apa-apa cuma ada sedikit perasaan pelik kerana mereka kelihatan agak tergesa-gesa.
“Hari ini (semalam) saya terkejut dan baru tahu perkara sebenar selepas melihat anggota polis datang ke kubur dan membawa bersama mereka seorang remaja dalam keadaan tangan bergari memberitahu akan menggali satu kubur yang dipercayai menempatkan mayat seorang bayi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nor Azizan Anan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan jenayah rogol.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.
Difahamkan, sebelum kejadian, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dikatakan mengadu sakit perut yang luar biasa sebelum dikejarkan ke Hospital Tumpat oleh kedua-dua ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pada 15 Mei lalu.
Dalam kejadian di Kampung Telaga Lanas itu, remaja perempuan tingkatan tiga itu dikatakan baru saja melahirkan seorang bayi lelaki dan pemeriksaan yang dilakukan pihak hospital mendapati bayi itu sebenarnya sudah lama dilahirkan tetapi melekat pada seluar dalam yang dipakai remaja berkenaan.
Hasil pemeriksaan lanjut, pihak hospital mendapati bayi lelaki terbabit meninggal akibat lemas lalu menyerahkan mayat bayi itu kepada keluarganya untuk dikebumikan serta membuat laporan polis.
my comment towards this matter :---> why family takot nak laporkan to police? malu? adui n tat gurl i know she sure scared tapi kenapa dia biarkan baby tu mati cara mcm tu :(( and sekolah xkan xda ajar benda2 ni apa ni sistem pendidikan negara kita ni lacking lots of things! adoi! BODOHNYAAAA

0 Your Thoughts:
Post a Comment
<< Home