Sunday, January 02, 2005

kata-kata mu

Aku.... aku tak suka apa yg tidak pasti, tapi aku tahu tiada apa yg pasti melainkan ajalku. di dalam cintaku, ku ingin kepastian kebahagiaan, tapi itu cuma harapanku sendiri kerana tiadalah ku akan tahu secara pasti apa isi didalam hati sang kekasihku, cintaku bagaikan satu perjudian kehidupan, sedangkan aku bukan seorang penjudi, tapi dunia ini memaksa ku berjudi demi cinta dan kebahagiaan, ku merenung diriku sendiri, dunia tanpa kepastian, hati penuh rahsia, apa yg membuatku bertahan melawan badai ke tidakpastian, itulah keyakinanku, keyakinanku semakin lemah.....

2 Your Thoughts:

Anonymous Anonymous said...

kata2 ku setelah membaca kata2 mu

mengapa kau mudah lupa? kenapa kau mudah melatah? kenapa kamu tidak mahu berusaha mengubah apa yg telah kau tahu apa silap mu? kenapa kenapa kenapa...

kau biarkan hidup mu dibelenggu dengan kemaruk cinta yg tidak pasti itu?
aku kata KAMU BODOH
kau mahu melihat dirimu sakit lagi?
bagus lah tu buat lah lagi
sakitkan lah hati mu itu
kerna hati mu adalah hatimu
bukan hati ku....

kalau ikutkan hatiku yg jahat... mahu saja aku biarkan kamu begitu....biarkan kau tenggelam...

tapi aku sayang kamu
aku mahu lihat dirimu bahagia ....
aku benci melihat mu resah....

hati mu resah
membuatkan hatiku resah sama

kabarkan pada hatimu
tuhan sayang kamu
tuhan x suka hati yg penuh benci
kerna hati tempat mulia
maka jauhkan dirimu daripada menyakiti dirimu sendiri

jika kamu org lain sayang kamu seikhlas hati
ikhlaskan hatimu dulu
sayang dirimu dulu
dan usah sakitkan hatimu

aku mahu kau tahu
aku sayang kamu
tapi aku pasti pergi
kerna aku tidak kekal
aku pasti kembali pada tuhan kita
maka

kau tambahkan kasih mu pada tuhan kita
kerna tuhan sentiasa menyanyagimu x kira apa keadaan kamu

allah maha pemurah lagi maha mengasihani :) mashallah

8:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga buka bererti cinta, kagum bukan juga bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta, Tetapi, cinta itu adalah cinta.

10:12 PM  

Post a Comment

<< Home