the diff between LOVE n LUST
http://www.drdanial.faithweb.com/
(article ni ni ambil dari my email today this morning...... nak jadi cita last nite kan saya type pasal cinta, so ini ada sambungan ceritanya hurmm love n lust 2 diff things love is pure n clean n lust is nafsu kononnnya cinta but its just a lust bercampor with nafs nauzzubillah... love must be lillahitaala like how ummu sulaiman did subhanallah...
Beliawanis Yang Sedang Bercinta yang dihormati.
Zaman muda adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaanseharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amatmencabar yang akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah. Nabi telahbersabda:"Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkansesudah ditanya kepadanya tentang 4 perkara: Tentang umurnya, dimanadihabiskannya, TENTANG MUDANYA, apa yang telah dilakukan dengannya,tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya.Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (HadisTarmuzi)
Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaanyang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrahini di dalam Al-Quran dengan firmanNya:"Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara-perkara yangdiingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta bendayang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagiterlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman.
Itulahkesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembaliyang sebaik-baiknya." (Ali-Imran 3:14)Dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. CintaIlahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yanglain, apatah lagi cinta di antara lelaki dan perempuan.
Terlampau cintakan yang lain daripada Allah, boleh menyemaikan benih-benihsyirik di hati."Ada di antara manusia yang telah mengambil SEKUTU-SEKUTU SELAINDARIPADA ALLAH YANG MEREKA CINTAI sebanding kecintaan mereka kepadaAllah. Adapun orang yang benar-benar beriman, amat memuncak kecintaanmereka kepada Allah." (Al-Baqarah 2:165)
Ayat ini menceritakan tentang kecintaan / kasih / pemujaan kepadamakhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dalammelakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendakmakhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yang membuta tuli amat membinasakan.Bila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta Allah, jadilah khalwat,zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnyakajian Kementerian Belia & Sukan keatas 5860 remaja dalam lingkunganumur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada merekatelah terlibat dengan seks bebas.Lapuran akhbar bertarikh 1 November, 1995 menyebutkan tentangkenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telahdibuat keatas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di WilayahPersekutuan, dimana didapati 50% daripada mereka telah mengadakanhubungan seks, termasuk dengan melanggani pelacur-pelacur.
Inilah manifestasinya bila nafsu mengatasi iman. Cinta yangmelahirkan manifestasi yang seperti ini akan membawa kepadakehancuran.Amat berbeza sekali sikap mereka yang benar-benar beriman, yang manatindakan mereka sentiasa dikawal oleh batas-batas syariat.Di dalam Al-Hilyah, disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam.Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaimjelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi:"Aku cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamuseorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan seorang yangkafir."Inilah ungkapan hasil daripada suluhan iman dan takwa.
Cinta tidakakan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.Zina yang ikhlas tidak pernah wujud di dalam Islam. Zina adalah haram dan tidak ada sebarang keikhlasan yang dapat menghalalkannya. Sayaharus mengatakan bahawa keadaan saudari adalah sama seperti seorang Datuk yang kisahnya telah dilapurkan oleh akhbar pada 6 Ogos, 1999.Beliau telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana dia telah berazam untuk mengahwininya selepas ini.Inilah nilai yang sedang melanda dunia pada hari ini: seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!Pada pengamatan saya, dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satudi antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang telahmeruntuhkan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya "The History ofDecline and Fall of the Roman Empire" telah menulis:"Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas?..
Di akhir abad keenam,Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali."Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskankepada konsep "Machiavellianisme" yang dipopularkan oleh seorangpemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli.Machiavelli, dalam bukunya "The Prince" telah menekankan konsep "theend justifies the means" ataupun "niat membersihkan cara." Maksudnya,asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah,menyamunlah dan begitulah seterusnya.
Semua adalah halal bagiMachiavelli.Itulah yang akan berlaku andaikata nilai-nilai agama diketepikan.Sebagai contoh, sebuah perkampungan di Alwar, India telah mengiktirafpelacuran sebagai suatu perkhidmatan yang baik. Perkhidmatan seks ditepi lebuhraya yang menghubungkan Delhi dan Gujurat ini, dianggapsebagai aktiviti kebajikan sosial yang terpuji. Inilah contoh nilaiyang keji yang tidak diperlukan oleh dunia moden.Ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas pada hari iniadalah lambang kemajuan dan kemodenan, dan nilai agama adalah kolot.Jika demikian mari kita perhatikan hasil yang telah disumbangkan olehseks bebas. Ia telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya diThailand, sehinggakan akhbar "Der Spiegel" telah menjadikantajuk "AIDS in Asia - Killer epidemic in sex paradise (AIDS di Asia -wabak pembunuh di syurga seks)," sebagai tajuk muka depannya. DiCalifornia, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997.Kajian tambahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan KemanusiaanAmerika pada tahun 1998, mendapati bahawa anak-anak luar nikah inimempunyai lebih daripada 2 kali ganda kemungkinan diserangi gangguanemosi di dalam hidup mereka. (Rujukan: California Teenage PregnancyStatistics) Sumbangan yang seperti inikah yang hendak kita banggakan?
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Inilah hasil kemajuan dan kemodenan jika agama dipinggirkan. Kita perlubelajar daripada keruntuhan Rom!Islam menekankan bahawa niat dan cara kita perlu betul di dalam setiap perlakuan. Niat yang betul bermaksud ikhlas, cara yang betul bermaksud selari dengan syariat. Syariat telah mengharamkan zina justeru itu hendaklah kita menjauhinya, demi kebaikan kita sendiri.
Nabi telah bersabda:"Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besardaripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya." (Hadis ? Ahmad & Thabrani) Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur bagikita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah, ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kitamenutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya."Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan caramana yang kamu mahu.." (Al-Baqarah: 223)Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isteri atau suamimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelastelah diharamkan, kerana kemudaratannya.Jadi untuk saudara saudari, berhati-hatilah dalam bercinta, jangan sampai tergadai maruah dan harga diri kerananya. Cinta terhadap manusia boleh dikawal jika kita hendak mengawalnya. Landasan yang hendak saya cadangkan untuk pegangan mereka yang sedang bercinta ialah: 'berpesan pesanan di atas kebenaran dan berpesan-pesanan di atas kesabaran.
('Sebenarnya cinta yang paling bermakna ialah cinta selepas berkahwin,bukan sebelumnya! Utamakanlah cinta kepada Allah dengan banyak beribadah, dan juga kecintaan kepada ilmu dengan mengejarnya. Itulah yang lebih mendamaikan dan membahagiakan.Insan yang tahu menghargai anugerah Allah akan dihargai dan dihormatisepanjang masa.Moga-moga Allah mencurahkan kasih sayangNya kepada saudara saudari.)
Wassalam.Dr. Danial
i love this article when its said cinta lah Allah utamakan kepada cinta kpd Allah dan bercinta lah selepas kawin, thats wat im aiming for inshallah ameen ameen ameen!
Theres many ppl out there esply teenagers or even adult at my age banyak yg terjebak dengan aktiviti kearah zina dan berzina astagfirulllah dan nauzzubillah, hope that they sedar dgn apa yg telah mereka lakukan :'( islam agama kita ikutilah ia berlandaskan Quran dan Sunnah!

0 Your Thoughts:
Post a Comment
<< Home