Nasihat Luqman al hakim (teringat nasyed dehearty)
(forwarded email) this thing saya ambil digrp saya :( subhanallah, me teringat pertanyaan my adik sedara last nite"Kak Long dah baca quran?" dlm hati ya allah malunyaaaa aku x baca pulak mlm ni! :(( malu dengan diri sendiri yg leka mlm tadi :'( astagfirullah, dan teringat sahabat ku jay bersms ngan me mlm tadi dia cakap " why all the sudden he felt rindu sgt nak belajar agama" subhanallah my in my heart said masyallah this is gud, this guy rindu to study agama thats means NUR coming towards him, hope he will do sumthing abt it ameen inshallah my budy will be fine n better soon!n inshallah he will succed!
we human n alhamdullilah that we are born to be muslims, mmg sepatutnya memperbaiki dan mempertambahkan ilmu dan amalan setiap hari :'(
i need to fix my self more n more n more inshallah!
Suara Nurani: Solat umpama kapal di tengah lautan
LUQMAN Al-Hakim memang bijak dan berhemah dalam memberikan nasihat. Kata-katanya kadang kala sinis, tetapi padat dengan falsafah yang perlu difikirkan bersama.
Begitulah berhemahnya, Luqman memberikan nasihat supaya orang yang dinasihatinya tidak berasa dihina atau terhina dengan tegurannya.Oleh itu, dapat dilihat, Luqman kerap membuat perlambangan atau perbandingan dengan sesuatu perkara yang dengan mudah dapat dilihat, hidu, dengar atau dirasakan oleh manusia.Contohnya, Luqman memberi perlambangan sebuah kapal ketika menasihatkan anaknya padah orang yang meninggalkan solat.
Katanya: “Hai anakku! Menunaikan solat yang telah difardukan ke atasmu itu, lebih berharga daripada setiap apa yang engkau lakukan. Hal ini kerana perkara seperti solat dan tasbih itu ibarat sebuah kapal di tengah lautan. Sekiranya kapal itu terselamat, maka selamatlah apa yang ada dalamnya dan sekiranya karam, maka karamlah apa yang ada dalamnya.
”Begitu juga ketika beliau menasihati anaknya supaya berbaik-baik dengan orang alim atau mengikuti ajaran guru. Luqman berkata: “Hai anakku! Ambillah manfaat dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, kerana sesungguhnya orang yang alim bukanlah seperti orang yang jahil. Dan sebaik-baik ilmu adalah memberikan manfaat dan yang diikuti.
Bahawasanya Allah akan memberikan manfaat kepada orang yang mengikutinya, sementara orang yang tidak mengambil manfaat dengan ilmunya, dia akan meninggalkannya.”“Hai anakku! Pelajarilah kebaikan dan ajarkannya (kepada orang lain). Dan ketahuilah, bahawa manusia itu dalam keadaan baik, selagi mana kekal yang pertama hinggalah yang lain mengetahuinya.
“Sesungguhnya perkataan guru itu, adalah seperti mata air yang diperlukan oleh manusia satu hari demi satu hari yang lain yang dapat mereka ambil manfaatnya. “Hendaklah engkau bersifat tawaduk (merendah diri), kerana sebenar-benar manusia adalah orang yang amat mengenali akan Allah dan yang paling baik amalannya.”
Katanya lagi: “Hai anakku! Bersesak-sesaklah (datang kepada) alim ulama dengan kedua-dua belah betismu (berjalan kaki) dan berilah perhatian kepada mereka dengan kedua-dua belah telingamu. Sesungguhnya hati itu hidup dengan cahaya alim ulama seperti bumi yang gersang itu subur dengan hujan yang lebat.”
Satu perkara yang tidak pernah lekang dari mulut Luqman adalah menasihati anaknya supaya mengingati dan bertakwa kepada Allah.Katanya: “Hai anakku! Malulah engkau daripada Allah, sekadar mana Dia berada hampir denganmu dan takutlah akan Allah, setakat mana kekuasaan-Nya ke atas dirimu. Berwaspadalah engkau daripada banyak perkara yang tidak berfaedah kerana sesungguhnya hisab dirimu esok (pada hari akhirat) amatlah lama.
“Dan janganlah Allah melihat engkau melakukan apa yang dilarang oleh-Nya dan janganlah (biarlah) Allah terlepas daripada melihat engkau lakukan apa yang diperintahkan-Nya.” “Hai anakku! Aku mewasiatkan engkau agar bertakwa kepada Allah, kerana engkau mempunyai bahagian dan hak. Dan janganlah biarkan mulutmu diam daripada mengingati Allah.
Maka, kelebihan berzikir kepada Allah dibandingkan semua perkataan adalah seperti kelebihan Allah daripada sekalian makhluknya.” “Hai anakku! Redakanlah pencipta (Tuhanmu) dengan kebencian makhluknya.
“Hai anakku! Janganlah engkau menerima penghinaan orang yang hina terhadap Allah.” “Hai anakku! Kerjakanlah amalan kebaikan dan janganlah engkau lakukan kejahatan. Maka yang terbaik daripada kebaikan adalah orang yang melakukannya dan yang terjahat daripada kejahatan adalah orang yang melakukannya.”
“Hai anakku! Berkasih-kasihlah engkau kerana Allah dan marahlah engkau kerana Allah dan janganlah engkau mengambil muka dengan orang yang melakukan maksiat.”

0 Your Thoughts:
Post a Comment
<< Home