Saturday, June 04, 2005

hati ini berkata lagi

Me mengaku me adalah bekas seorang manusia yg penah membenci org kpg, dan xsuka balik kpg dan xsuka keluar dr kl, me penah bangga sgt menjadi org bandar yg mmg me telah di lahirkan di tengah2 bandar metropolitan, where my hse mmg dekat ngan klcc dan its a center of malaysia where di sini segala yg di inginkan pasti ada!

tetapi... masa berubah manusia jua turut berubah, me pon berubah dengan me perasan perubahan nya... semakin dewasa kita semakin banyak pengalaman yg bakal mengajar dan membentuk jati diri kita... semakin banyak ilmu yg kita pelajari semakin paham kita akan maksud sesuatu... semua ini akan bakal mengajar kita menjadi khalifah di muka bumi Allah yg terbentang luas ini, subhanallah...

setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dlm kehidupan mereka sehari2, seperti jua me, insan yg pernah melakukan kesalahan besar yg amat besar dan jua kesalahan kecil yg sering kali berulang2....inshallah dengan determination yg strong, manusia pasti boleh berubah dengan bantuan hidayah Allah! Mashallah! can u see? how great the power of Allah!

Allah akan menerima taubat org2 lelaki yg beriman serta org2 perempuan yg beriman dan sememangnya Allah maha pengampun, lagi Maha mengasihani (33:73)

dan kali ini... pertama kalinya me terasa sungguh2 syahdu meninggalkan kampung me di kedah, me lihat lambaian kak chik kepada me waktu me dlm kereta kelmarin,Allah! sungguh syahdu!"kak long Mai lagi na!" jerit kak chik ker me dan "Mak Lang Mai lagiiiii!" jeritan kak chik yg sungguh kuat dan senyuman yg sungguh lebar dan ikhlas dr hati kanak2 kecil berumur 5 thn ini!... subhanallah hanya tuhan jer dpt memahami akan hati me... buat pertama kalinya me terasa indahnya hidup mereka sebagai org kpg yg pernah me kata dan benci mereka sewaktu me muda remaja dulu2,dan hati ni wujud rasa alangkah indahnya jika aku di lahirkan sebagai org kampung yg penuh dengan ahlak mulia dan sopan santun, walapun mereka org yg berada tp ahlak mereka sgt lah mulia :'(!subhanallah!
Aku suka miskin kerana ia tanda tawaduk pd Tuhanku, aku suka penyakit kerana ia tanda penebus dosa dan aku suka kepada mati kerana aku rindukan Allah- Abu Darda
apa2 pun me bersyukur dengan keadaan me sekarang, dan kampung me telah memberikan me rasa ketenangan yg sgt tenang (me xpenah terfikir yg me akan dpt rasa kegembiraan yg sgt gembira sebelum ni) dan me boleh terlupa akan segala masalah kerja dan life me utk beberapa hari, me dpt melupakan segala! dan dpt berfikir secara tenang dan gembira!hati tenang dan zuhud melihat kehidupan org kpg me yg memang mengamalkan kehidupan islam yg sejati! Alangkah indahnya jika me dpt menjadi salah seorang drpd mereka, berahlak mulia,sopan santun dan ikhlas, ...

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumanNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah (4:28)


Alhamdullilah, akhirnya me sedar... akan rasa keindahan apa itu kehidupan org kpg dan sosio ekonomi org kampung dan gaya hidup mereka, setiap manusia di lahirkan dengan pelbagai gaya kehidupan dan tempat sekitar mmg memberi kesan sampingan ke atas manusia yg tinggal di dlm nya... hanya dengan amalan harian, ilmu dan akal dpt menjadikan manusia itu sebenar2 manusia yg bertitlekan Khalifah Allah di muka bumi ini!

Manusia sememangnya pernah dan akan membuat silap tetapi Allah itu maha pengampun atas segala sesuatu! dan Allah akan membantu mereka2 yg ingin bersamanya dengan ikhlas! Islam kita sungguh INDAH, Ilmu itu sungguh suci dan ianya merupakan cahaya! Bila ia di amalkan ia menjadi pohon yg rendang dan berbuah! di mana org dpt berteduh dan merasa akan nikmat buah tadi! AlQuran adalah kalam Allah, surat Allah kepada kita manusia khalifahnya! Rasullah saw sebagai persuruh Allah dengan menghayati pengorbanan baginda bersama sahabat2 baginda membuatkan kita rasa terharu betapa sukarnya dan kuatnya semangat mereka menegakkan agama Allah!

manusia seperti me sering lupa atas segala yg sememmangnya telah tertera di depan mata! sering buat silap dan gundah gelana! tetapi manusia itu boleh bangkit SEGAR! dan berusaha dengan istiqomah menjadi manusia yg yg titlenya KHALIFAH ALLAH! bangkit! BANGKIT BANGUN! lah dari kesedihan marilah kita createkan kegembiraan di dalam diri kita dengan cara dan gaya hidup yg islamic dan dengan gaya cara hidup di tempat kita!ALLAH AKHBAR! ALLAH AR RAHMAN!

Allah swt (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesunguhnya Allah, Dialah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani (9:118)

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home