Wednesday, March 01, 2006

KECANTIKAN!

....ur beauty...
Message: Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu
dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup
keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak
cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup
sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik
bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan
selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula
kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika
itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar
dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-
wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan
anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi
wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki
tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah
sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu
bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda
lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami
anda terkejut melihat anda tidaklah secantik
sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap
wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu
pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua
dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya,
yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh
inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang
penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan
wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu
orang menggagumi anda hari ini dan esok
melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk
mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah
buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang
berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli,
rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya
harum dan seronok dipandu. Semakin lama
semakin hilang serinya. Jika harganya mahal
orang masih terliur melihat reka bentuknya
walaupun warnanya telah
mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak
dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa
keluar dan kecantikan model-model baru ini
sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan
kerana cantik kini mula berfikir untuk
menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada
kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan
dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan
zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati
sebab tidak semua lelaki mementingkan
kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada
lelaki yang
tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan
hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi
pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan
lebih mementingkan keperibadian daripada
kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang
sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu
kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan
mengubahnya.
Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang
jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera
hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan,
akan berakhir dengan pertingkahan apabila
kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan.
Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada
manusia boleh kekal muda. Tiba masanya
kecantikan akan hilang
dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu
hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak
pernah sama antara seorang dengan seorang yang
lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung
tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan
orang hansem; hingga kita berkata dalam hati,
Buta ke dia??

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih
utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah
anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah
terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri.
Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada
duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

1 Your Thoughts:

Blogger AbGJaS said...

Benarlah org putih kata "beauty lies in the eyes of the beholder"

11:06 AM  

Post a Comment

<< Home