
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula.
4 Your Thoughts:
Assalamu'alaikum Noor,
Slmt berpuasa utk Noor sekeluarga.
Sesungguhnya akhlak Rasululllah itu adalah Al-Quran. Dan Rasulullah diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia.
Tak tertanding dek kita, manusia biasa. Namun kita mesti mencuba sedaya-upaya mencontohi Baginda.
Imej Islam tercalar skrg ini lantaran sebahagian drpd kita cenderung menggunakan kekerasan utk menyelesaikan masalah.
Dlm keadaan lemah, beradu kekuatan/perang bukanlah pilihan terbaik.
Rasulullah sendiri pernah berhijrah ke Madinah kerana menyedari umat Islam di Makkah waktu itu belum mampu berhadapan dgn puak kafir Quraisy.
waalaikumsalam abg jas ya benar apa yg abg jas tulis kat sini ty banyak dan sepatutnya kita kene usaha berusaha berubah2, pelan2 lama2 berjaya jua :)
Assalamualaikum, terjumpa laman blog ni masa searching, cerita akhlak nabi Muhammad s.a.w, ni bab yang banyak orang lupa,
daripada imam masjid negeri sampai le ke ustaz yang kat bawah tuu.
saje nak share sikit bulan yang mulia ni, ni bukan bab mengata, tetapi bab akal dan tak ada otak,
saya singgah nak buka puasa kat masjid negeri (negeri paling kaya kat malaysia ni) bangunan mak oii, besar dan berjuta, , masuk waktu berbuka puasa makanan tak cukup, sebab pe? bukan sebab ramai orang tak sampai pun 300 lebih orang, yang kesian,budak kecil yang baru belajar puasa datang dalam lima minit sebelum. Kelibat imam, bilal tak nampak , tengah makan kot?
ada le datang lagi agak 50 lebih kot, tak dapat apa apa, air kosong jee. saya pun dapat air kosong jee,
Iman tu sepatutnya bangun, cakap siapa nak share ke kongsi ke, kita yang dah besar ni minum air kosong pun tak pee,
Antara agama islam nafsu dengan tak de otak, susah laa agama
Anonymous waalaikumsalam,
negeri terkaya di malaysia hurm teganu ? ke selangor? hurm
kenapa lah jd mcm tu sayang nya, kdg2 Anonymous ppl yg ada ilmu ni xsemestinya mengamal kan apa yg depa telah pelajari walaupun depa ni ustaz, imam and etc, hanya org2 yg Allah pilih jer yg akan dpt terkesan dengan ahlaq yg baik, tu yg kita kene doa selalu tu...
tapi sungguh menyedihkan perkara ni berlaku di masjid :( Anonymous, ty anonymous for sharing yr story nanti share lagi cerita2 lain tau ty ws
Post a Comment
<< Home