Wednesday, May 28, 2008

Lagi berita yg menyedihkan :(

4 pelajar ‘tersedak’
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my



KUANTAN: Empat pelajar yang masih menuntut di sebuah sekolah menengah yang sedang bersekedudukkan sambil menikmati hidangan tengah hari ‘tersedak’ selepas pintu bilik hotel yang mereka sewa diketuk sepasukan anggota Jabatan Agama Islam (Jaip), Pahang, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, empat pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel bajet itu di Jalan Wong Ah Jang, di sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami, berkata ketika pintu dibuka seorang pelajar, pihaknya mendapati dua pelajar perempuan bersembunyi di belakang pintu dan seorang lagi pelajar lelaki duduk di atas katil.

Menurutnya, pihaknya mendapati empat pelajar itu masih lengkap berpakaian dan mendakwa tidak melakukan apa-apa perbuatan haram di sisi agama Islam, sebaliknya berehat sambil menikmati hidangan nasi bungkus.


Katanya, dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan masih bersekolah di Felda Lepar Hilir, manakala seorang lagi belajar di sebuah sekolah di Felda Selendang, dekat Rompin.


Badaruddin berkata, empat pelajar itu mendakwa datang ke bandar ini hanya untuk membeli barang sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel berkenaan.

“Kami turut menemui beberapa klip lucah di dalam telefon bimbit milik seorang daripada pelajar berkenaan.

“Kami merampas telefon bimbit berkenaan dan mengarahkan pelajar terbabit membuang semua klip aksi lucah itu,” katanya ketika ditemui selepas membuat serbuan di sini, semalam.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan penangkapan itu kepada ibu bapa masing-masing sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

4 Your Thoughts:

Blogger AbGJaS said...

Salam Noor,
Haru-biru jadinya remaja sekarang ini. Namun cuba kita telusuri sejarah ibubapa remaja2 berkenaan. MUNGKIN ketika muda, mereka pun jenis tak makan saman..

5:09 PM  
Blogger Lil Noorie berkata said...

ws, kita xleh nak salahkan mak bapak kdg2 anak2 yg tersalah ikot kawan2 depa abg jas

5:12 PM  
Blogger Antown said...

tersedak itu tertangkap ya? atau bahasa lainnya adalah ketahuan.
kalo di indonesia, tersedak adalah tidak bisa menelan makanan (makanan yang nyangkut ke kerongkongan).

salam dari indonesia
antown

9:04 AM  
Blogger Lil Noorie berkata said...

tersedak means chock something in yr throat, terdesak pula means desprete

11:04 AM  

Post a Comment

<< Home