Friday, January 07, 2005

cinta?

Kecintaan dan kesukaan seseorang tidak samaApa yang dia cinta dan suka dia akan perjuangkannyaKalau dia hanya memikirkan makan minum, duit, betina, tempat tinggal dan keretaItulah perjuangannya, dia akan memberi tenaga dan masa untuk itu semuanyaApa sahaja yang dia buat menuju arah kepada yang telah dinyataJika seseorang itu yang dia cinta bangsa dan negaraDia akan memperjuangkan negara dan bangsa dengan sesungguhnyaDia terhibur memperjuangkan negara dan bangsa sekalipun terpaksa papaOrang yang tidak sealiran dengannya dianggap gilaOrang yang cinta Tuhan dan agama begitu jugaUmurnya dihabiskan untuk memperjuangkan Tuhan dan agamaHabis duit, habis harta dikorbankannya kerana Tuhan dan agamaBahkan dirinya sendiri dia sanggup korbankan kerananyaOrang yang berjuang untuk Tuhan dan agama lebih-lebih lagilah menggila-gilaOrang yang semata-mata berjuang memikirkan dunia menganggap bodoh dan sia-siaDia terhibur memperjuangkan Tuhan dan agama, sekalipun menderitaDia tidak dapat buat harta tidak menyusahkannyaBahkan harta dikorbankan untuknya Dia rasa bahagia mempromosi Tuhan dan agamaTuhan dan agama adalah hidup matinyaDia lihat orang buru dunia hanya sia-siaDia kasihan dengan orang memburu sesuatu yang sementaraMemburu harta yang tidak kekal dan akan ditinggalkan pulaYang akan berhadapan dengan Akhirat yang kekal dan selama-lamanyaBegitulah manusia yang hidup di duniaMasing-masing memburu yang dia cinta dan sukaCinta adalah butaCintakan sesuatu tidak nampak lagi yang lainnyaDia akan burulah dengan tenaga, harta dan masaMasing-masing memburu macam orang gila memburu cintanyaOrang yang ada cita-cita Tuhan, agama dan bangsa sedikit sahajaSetiap negara di antara 5-10 peratus sahajaSelain itu adalah orang yang memburu dunia.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home