Monday, March 21, 2005

me my self hope that......

la takhaaf wala tahzaninnallaha ma'as sobireen.(took this article from someone blog n admirer with her words)

Allah berfirman: "Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang adzab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu, sebelum datang adzab kepadamu dengan tiba-tiba sedang kamu tidak menyadari. Supaya kamu tidak menyesal lalu berkata: Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam menunaikan kewajiban terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olok agama Allah". QS Az-Zumar (39): 53-56. :'(

jangan takut &jangan dukacita,sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang sabar.Peringatan Buat Diri ana Seindah hiasan adalah wanita solehah Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini,Keayuan wanita solehah itu Tidak terletak pada kecantikan wajahnya(mostly guy dont want to see ugly faces), Kemanisan wanita solehah Tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu Bukan pada kemanisan bicaranyayang menggoncang iman para muslimin Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah

Memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,Kepetahan wanita solehah Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, Nafsu mengatakan wanita cantikdengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmuserta pandangan dari segala aspekHati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi, Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpautpada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yg ada....Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home