Tidak REDHa atas Ketentuan Takdir?
Dalam apa saja nikmat yg ada pada kamu, maka daripada Allahlah datangnya ia, dan apabila kamu ditimpa mudharat, maka kepadaNyalah kamu minta pertolongan (16:35)
Tidak Redha atas ketentuan takdir yg telah ditetapkan oleh Allah
Allah yg Maha Kuasa telah menetapkan takdir kepada para hamba-Nya. Selaku hamba hendaklah menerima takdir itu dengan penuh keikhlasan, kerana apabila seseorang tidak ikhlas menerima takdir yg menimpa dalam kehidupannya, maka jiwanya pasti akan tertekan untuk selama-lamanya.
Tidak ikhlasnya menerima takdir membuatkan hati selalu dipenuhi dengan berbagai macam pertanyaan yang sgt susah utk dijawab, pertanyaan tersebut seperti mengapa boleh jadi begini, mengapa boleh jadi begitu? Bila hati telah resah dan disebokkan dengan memikirkan berbagai macam masalah hidup yg sgt susah untuk diterima, maka bagaimana kita akan tenang dalam mengerjakan ibadah. Sedangkan untuk melakukan ibadah dengan sempurna, kepada kita dituntut supaya mengosongkan jiwa dari berfikir tentang masalah-masalah keduniaan.
Kesempurnaan dalam beribadah itu akan didapati, jika sekiranya org yg mengerjakan ibadah tersebut mengosongkan dirinya dari sesuatu selain Allah!. Ertinya berusaha seketika utk tidak berfikir tentang dunia, atau kalau dapat untuk selama-lamanya. Yang paling penting dalam pembahasan ini ialah supaya kita sentiasa redha terhadap takdir, apa lagi terhadap penderitaan hidup yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita.
Jika hati seseorang itu telah redha atau ikhlas menerima segala takdir Allah, maka jiwanya akan tenang dan tenteram dan ibadahnya akan menjadi sempurna. Jadi, tidak ikhlasnya seseorang dalam menerima takdir Allah, adalah merupakan salah satu dari godaan dalam beribadah.
Dalam menghadapi takdir, kita harus menerima dengan hati yg redha dan berdada lapang, mengapa harus BEGITU? Sebabnya ada DUA perkara:
1. Agar kekhusyukan kita dalam beribadah tidak tergangu
2. Agar Allah tidak murka kepada kita
Pertama, supaya kita mensucikan jiwa dari kekotoran yg mengotori ibadah kita, hendaklah kita redha dalam menerima takdir Allah. Bila keikhlasan atau keredhaan itu tidak ada, apa lagi dalam menghadapi penderitaan dalam hidup, maka selamnyalah hati kita tidak akan sepi dari kegelisahan. Apabila hati gelisah, selama itu pula kita tidak akan dapat khusyuk dalam beribadah, apa lagi dalam mengingati hati kita kepada-Nya.
Bagi orang yg selalu ikhlas dalam menghadapi penderitaan hidp kerana takdir Allah, maka ia tidak lagi menghiraukan keadaan dirinya, sebab perhatian jiwanya telah diarahkan hanya kepada ibadah, serta tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang tiada hubungannya dengan mengingati ALlah. Berbeza dengan orang yg xikhlas dalam menerima takdir Allah, waktunya hanya di habiskan utk memikirkan tentang perkara2 yg bersifat keduniaan, sehingga utk beribadah sudah tidak ada kesempatan lagi baginya.
Al-Imam Syaqiq berkata:"Sangatlah susah memikirkan perkara-perkara yg sudah berlalu serta memikirkan perkara2 yg akan datang, semunya itu akan menghilangkan keberkatanmu selama ini!".
Kedua, keikhlasan atau keredhaan kita terhadap takdir yg telah ditetapkan oleh ALLAH, tujuannya ialah supaya kita jangan dimurkai oleh Allah. Kerana jika kita tidak ikhlas dan redha atas ketentuan tersebut, maka kita akan mendapatkan siksaan ALLAH di akhirat nanti.
Hendaklah kita menjaga fikiran kita jangan sampai tidak ikhlas dan tidak redha atas takdir Allah, dan marilah kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan kesalahan perbuatan kita sendiri, dan kita bermohon kepadanya, semoga Allah memaafkan kita dan mengampuni kesalahan kita. Semoga dia memperbaiki diri kita dengan penglihatan-Nya yg baik, sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Apabila ada orang bertanya ,"Apakah erti redha terhadap takdir? Jawapannya ialah; kita tidak mengeluh terhadap takdir yang telah ditentukan Allah kepada kita.
Kalau ada yg bertanya lagi; "Apa pula yg dimaksudkan dengan mengeluh? yang dimaksudkan dengan menegluh ialah selalu menyebutkan sesuatu yg tidak ditakdirkan oleh Allah kepadanya dan mengeluh atas apa yg telah ditakdirkan Allah kepadanya. dengan kata lain, ia mengeluh kerana menginginkan sesuatu yg xditakdirkan Allah kepadanya. Sebab dalam anggapannya, yg tidak ditakdirkan kepadanya itu adalah nikmat. Sedangkan apa yg ada padanya baginya itu tidak berharga.
Jika ada pula org yg bertanya: Bukankah kejahatan dan kemaksiatan itu adalah takdir Allah juga? dalam hal ini hendaklah disedari, bahawa Allah yg Maha kuasa itu tidaklah menakdirkan kemaksiatan, cuma ia mentakdirkan yg buruk, akan tetapi didalam keburukkan itu tersembunyi bermacam2 hikmah. Jika seseorang mahu berfikir, maka ia akan menemukan hikmah itu dan tidak akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan. Akan tetpai sebaliknya, bg org yg xmahu berfikir, maka dengan takdir buruk tersebut akan menjerumuskan ia dalam kemaksiatan. Allah mentakdirikan adanya keburukan, tetapi manusialah yg menciptakan kemaksiatan.
Guruku berkata "Yang suka ditakdirkan oleh Allah ada empat macam, iaitu nikmat, kesusahan, kebaikkan dan keburukkan".
1. Takdir yg berupa nikmat
dalam perkara ini hendaklah manusia redha terhadap yang menakdirkannya (Allah). redha terhadap takdirnya dan juga redha terhadap yg ditakdirkannya. takdir yg berupa nikmat adalah takdir yg sifatnya menyenangkan. Oleh sebab itu hendaklah bersungguh-sungguh kita bersyukur. Utk membuktikan rasa syukur kita itu, xcukup hanya sekadar diucapkan, akan tetapi hendaklah diwujudkan dengan amal perbuatan, jgn pula menyembunyikan nikmat tersebut dengan sifat bakhil atau tamak. tetapi hendaklah mensyukurinya dengan cara banyak bersedekah dan sebagainya.
Allah menurunkan rezekinya itu menurut kadar yg tertentu sebagaimana yg dikehendakinya. bahawa dia menegetahui dangan mendalam akan segala keadaan hambanya (42:27)
2. Takdir yg berupa kesusahan
Guruku berkata : Takdir yg berupa kesusahan itu adalah penderitaan di dalam hidup, yg secara lahiriah menurut pandangan manusia tidak menyenangkan. dalam mengadap takdir ini, org yg beriman hendaklah redha terhadap Allah selaku zat yg memberikan takdir tersebut. Hendaklah menerima nya dengan ikhlas sambil mencari hikmah yg tersembunyi di sebalik takdir kesusahan tersebut, kerana kadangkala disebalik kesisahan itu ada nikmat. Cuma sangatlah sedikit org yg dpt mengetahuinya. Sebab biasanya org hanya melihat dari perkara yg bersifat lahiriah sahaja, tanpa berusaha utk melihat secara pandangan batiniah.
Apa yg anda sabarkan akan memperolehi hasilnya krn kesabaran itu akan menolong segala pekerjaan & dalam kepayahan itu tersembunyi nasihat2 kebijaksanaan-Hukamak
3. Takdir yg berupa kebaikanBila KITA MENDAPATKAN TAKDIR KEBAIKKAN INI, HENDAKLAH KITA REDHA TAKDIR YG DIBERIKAN ITU DAN redha pula terhadap yg mentakdirkan-Nya (Allah). Dalam hal ini hendaklah kita insaf akan kebaikkan Allah yg telah diberikannya kepada kita, dan janganlah sekali-kali berangapan, bahawa kebaikkan yg kita terima itu adalah kerana jasa kita atau kerana ibadah kita. Akan tetapi anggaplah, bahawa kebaikkan yg kita terima itu adalah kerana kehendak Allah. disamping itu jangan pula sampai kita bersikap sombong, sebab kalau kita lupa akan jasa Allah, maka pastilah kita akan bersikap sedemikian, kerana kita menganggap seolah-olah kebaikkan yg kita terima itu adalah kerana jerih payah kita selama ini.
4. Takdir yang berupa keburukan
Terhadap takdir ini kita juga harus redha dan ikhlas menerimanya. sebagai contoh, kita telah berusaha sekuat tenaga utk mendapatkan kebaikkan, akan tetapi tenyata nasib buruk juga harus kita terima. dalam hal ini juga kita harus bersangka baik dengan Allah, kerana mungkin disebalik nasib buruk yg kita terima itu, tersembunyi seribu satu hikmah yg kadangkala tidak kita ketahui.
Untuk kita ketahui, memohon tambahan dari ketentuan takdir itu dibolehkan, asal saja kita berniat baik, sbb Rasullah SAW kalau menerima rezeki yg baik ia akan selalu berdoa...
Ertinya "Ya ALlah, berkatilah rezekiku ini dan aku mohon tambahannya"
Me memetik tajuk ni drpd buku "Kemanisan Beribadat - Imam Al-Ghazali"page 204-210
Sesungguhnya yang tersisa dari sebuah umat adalah Akhlaknya Apabila hilang akhlaknya maka umat itu telah hilang
Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang. At-Tauba :: 102
1 Your Thoughts:
Wah! awak mengaku akhirnya kujan? akak dah cakap kpg memang best!tak percaya!
alhamdullilah dah dewasa adik akak sorang ni, teringat waktu kita sebilik
dulu-dulu, kim salam pada emak dan nurul!
Post a Comment
<< Home