Thursday, January 13, 2005

budaya couple yg mmg memeningkan kepalau yg x bercouple ni herm tension

BUDAYA COUPLE !!!
ALoneinthehouSE42 writes: Inilah budaya yang kian tenat dan kritikal, di mana mana institusi penga*****an, bahkan sekolah menengah, merebaknya budaya ini. sudah menjadi perkara lumrah kalau melihat couple di tempat begini. Orang yang single pula dianggap pelik pula. Sampai nanti ada yang bertanya,” yer ke dia tak ada pakwe/makwe?”ORANG YANG TIDAK BERCOUPLE DIANGGAP PELIK? Ish…ish….ish….Ada pula kes yang nak kahwin time belajar pula! Pulak dah! Tak salah…..Memang bagus kahwin awal, tapi yang kes terang terangan masih belum memiliki tanggungjawab, tidak mampu memikul amanah, baik tak payah kahwin, nanti pahala tak dapat, dosa pula yang diperoleh.Dunia sebelum perkahwinan ini banyak yang ilusi dan khayalan, kononnya sanggup memikul tanggungjawab, belajar berdikari, tapi sebelum kahwin tak praktis pun sifat kepimpinan kendiri tersebut. Kononnya lagi, selepas kahwinlah baru praktiskan. Aik…pulak dah !Praktis dari sekarang. Tanamkan sifat sifat bertanggungjawab dalam diri. Ini solat 5 waktu tonggang langgang, kadang kala sembahyang kadang kala terbabas, subuhnya memanjang subuh dinasour,rokok sentiasa di mulut,duit belanja tak mencukupi, simpanan tak teratur, pergi surau/mas*****d jarang jarang,masa lepak dengan kawan kawan lagi penting, dan pelbagai lagi kekurangan yang mampu kita baiki dan ubah, tetapi kita memilih untuk static di takuk sikap kita yang lama. Justeru itu, bagaimana kita boleh diizinkan untuk berkahwin ketika masih belajar ni?Apa yang sebutkan di atas itu penting kerana kalau kita suami, kita akan mendidik isteri dan anak anak kita, begitu jua sekiranya kita seorang isteri, sebagai ibu kelak,kita akan mempraktikkan itu semua dengan anak anak kita kelak.Saya cakap ini semua sebagai peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya. Pukul 5 lebih dah ! tak sampai beberapa jam lagi kelas akan bermula, iaitu pukul 8 pagi nanti, berlambak kerja belum siap ni. Pening…pening…pening….“kepalaku pusing,bu. Pening sekali” ßkata kata sinchan. Dengar lagu laa….sambil sambung buat kerja.Yang pastinya, kasih sayang-Mu ALLAH yang amat ku harapkan…..Yang lainnya, kuserahkan segalanya kembali pada-Mu…Kebahagiaan tersirat di hati, tak terasa kerana kita tak menghayati.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home