Monday, January 17, 2005

suami idaman kamu

suami idaman
kamilautan cintanya pada Rabb Izzaticinta teragungnyadebar rindunya hanya pada Jannatul Firdaustempat kembali yang sangat indahmaka
kami adalah yang paling setiamengiringi hidupnya di dunia
ini suami idaman kami
hidupnya untuk Islamsetiap detik hidupnya hanya untuk menegakkan daulah islamiah di bumi Allah

setiap peluh yang menitis hanya keranamemperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara

maka kami adalah yang paling berbangga menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar mujahid

suami idaman kami
jihadnya untuk Islamsetiap darah yg mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian
Islam syahidnya kerana Islam maka kami adalah yang amat beruntung memiliki kekasih yang gagah sepertinya

suami idaman kami
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNyasetiap
tutur kata bermanfaat buat kami dan semua maka kami adalah yang paling bahagia dinaungi seorang yang bijak laksana suami idaman kami

penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinyahanya
memandang kepada yang hak daripadanya
dia melindungi dan menyayangi atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan
dia menegur dan menasihati dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya

suami idaman kami
berusaha memperelokkan diridengan ilmu dan pengetahuan agar semakin petah berbicaraagar menjadi da'ei yang berhikmah

sentiasa berusaha menghiasi diri dengan untaian taqwaqiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung mendapat bahagian dalam doanya

suami idaman kami dirimu permata gemilang yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kamikami adalah yang paling bersyukurkerana menjadi permaisuri mahligaimu insya Allah,kami akan menjadi penyokong setiamudalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi inikerana dirimu adalah KEKASIHKU, MUJAHIDKU.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home