Monday, March 21, 2005

ilmu utk membersihkan diriku dari kekalutan.....

here me ambik a few words in my text books.... ustz sulaiman saya pinjam ya....

untuk renungan buat diriku yg sering lupa dan sedang terperangkap di dalam keadaan yg mengkalutkan utk beberapa hari jer, inshallah khair soon ASAP hendaknya....


Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

untuk mencpai ketinggian dan kemurnian rohaniah ini, seseorang itu memerlukan displin diri yg kuat, menjalani riadah dan mujahadah, melaksanakan amalan-amalan syariat dengan penuh kesedaran sehingga akhirnya terbentuklah kehidupan rohaniah yg murni, bersih drp ganguan-ganguan hawa nafsu, rasa tamakkan dunia, tidak berasa takut dan ragu dalam menjalani hidup di dunia ini.

berjuang meningkatkan ketinggian rohaniah dengan membersihkan jiwa drpd daki2 dunia merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk membaiki diri setakat yg mampu oleh manusia. tujuannya supaya benar2 menjadi seorang abid, seorang insan yg beruntung , yg mencapai kejayaan hakiki menurut penilaian Islam, beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat.

dalam kehidupan di dunia ini, biasanya manusia kalah kepada hawa nafsu apabila berhadapann dengan kebendaan dan pangkat kebesaran dan tawaran2 kesenagan walaupun kadang2 jalan2 memperolehinya itu tidak bersih dan salah. Apabila seseorang itu kalah dalam menghadapi gejala2 tersebut, nilai dirinya telah jatuh ketahap yg paling rendah, ia tidak lagi mempunyai harga diri dan terlalu hina pada pandangan Allah taala.

Biasanya pengaruh kebendaan inilah yg memutuskan hubungan hamba dengan tuhannya. Ia merupakan penghalang bg seseorang drpd mencapai kebersihan kerohanian, menjadikan manusia leka dalam hidup ini dan akhirnya terjerumus dalam kesesatan kegelapan dan kehinaan.

kehidupan rohaniah menurut islam bukan sahaja bertujuan mengilap hati sejernih mungkin, tetapi juga membawa manusia kepada keinsafan diri,menegnali diri sendiri dan mengenali diri sendiri dan mengenali akan alam sarwajagat yg tersusun indah, rapi dan menakjubkan ini.

semakin tajam keprihatinan diri terhadap alam ini, semakin jauh jangkauan mata hati, perasaan hati dan pandangan hidup meneroka alam metafizik yg penuh rahsia.

definasi ahli2 ibadat:

Nussak : Kata jamak bg perkataan nasik
iaitu org2 yg memberi penumpuan utk beribadat kepada Allah

Ubbad:Kata jamak bg perkataan abid
iaitu org2 yg banyak beribadat mengabdikan diri semata2 kepada Allah.

Zuhhad: Kata jamak bg perkataan zahid
yg diambil drpd perkataan zuhud iaitu org2 yg tidak mementingkan dunia, harta benda , kemegahan, kebesaran dan sebagainya

Bakka'un: Kata jamak bg perkataan Bakka yg bermaksud org2 yg banyak menagis kerana mengenangkan amalan ibadat kalau2 tidak diterima Allah atau pun kerana mengenangkan hari akhirat.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home