Monday, March 21, 2005

Khazanah banjariah

nasihat ini telah dipetik dr sebuah buku yg bertajuk "Ya Bunayya! 40 nasihat Imam Ibnul wardi yg telah diterjemah kan oleh ustaz ahmad fahmi zamzam- this book actually telah di terjemahkan oleh ustaz fahmi ketika beliau belajar di syria di kawasan Al-Maidan, Damascus, buku ini sebenarnya di punyai oleh seorang ulama yg terkenal di abad yg kelapan hijrah (lama dah tu) beliau ialah zainuddin omar bin muzhaffar al ma'arri al-khindi. lahir di ma'aratun nu'man, syria pd thn 691h/1292m , beliau adalah seorang ulama ahli feqah dlm mazdhab syafie, penyair, ahli bahasa dan ahli sejarah (mashallah)

dlm 40 nasihat di dalam buku ini tajuk pertama nasihatnya ialah "Jauhi nyanyian, bercumbu dengan wanita dan lawak jenaka" can u guys see that? imam ibnu wardi telah pon memberi nasihat yg begitu baik kepada kita yg sdg berada di zaman canggih ini tetpai beliau tlh mengarag buku ini longgg time ago! subhanallah, how nice our deen! me cuba mengingati diri me sendiri di sini supaya selalu ingat dan jgn lupa :'(

Kesungguhan itu membawa kepada kejayaan

"Bentengi dirimu dengan kesungguhan dan kegigihan. Dan hindari dari bersahabt dgn org yg bodoh dan org yg cedera pemikirannya"

Keterangan:
pagari dirimu dengan kesungguhan dan kegigihan, supaya kamu tidak terjatuh dalam lobang kehinaan dan kemalasan. Orang yang sentiasa rajin dan gigih pasti akan berjaya dan memperolehi ketinggian.

Dan jangan sekali-kali engkau bergaul dengan org yg bodoh atau org yg cedera pemikirannya, kerana yg demikian itu boleh merosak akal pemikiran org yg sihat atau mengurangkan daya fikir akal cerdas.

Usah dikenang hari Muda Yg Jahat

Ertinya:
"jangan kau ingati hari mudamu yg penuh dengan babak2 kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yg telah tenggelam"

Keterangan:
Jangan kau mengingati babak-babak kebodohan dan segala tindakan yg kurang wajar yg engkau lakukan di masa mudamu. Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa bodoh dan kembali kepada alam kanak-kanak. Sebaliknya, hendaklah kamu merancang utk masa depan yg lebih cemerlang dan teratur.

0 Your Thoughts:

Post a Comment

<< Home